Wednesday, March 30, 2011

Lagi gambar homestay

Ini gambar beranda homestay. Boleh la lepak-lepak kat sini sambil menghirup udara segara kat Machang ataupun menghembuskan asap rokok kepada perokok tegar....hehehe.

Ini pulak gambar kat ruang tamu, tempat untuk kita bersantai dan menonton televisyen. Kerusi kayu antik....hehehe. Bolehlah....

Ini pulak gambar dalam bilik Tidur master. Ada almari, katil saiz queen dan penyidai. Cukuplah untuk melepaskan lelah.
Ni gambar katil-katil single yang disusun dalam bilik tidur No. 1.

Katil bersaiz Queen dalam bilik tidur utama (Master Bedroom). Cadar belum pasang lagi ker??? Ada....jangan bimbang....hehehe.

Pemandangan di ruang tengah rumah ni, ala-ala dining hall sebenarnya. Tapi tak la besar mana....tak layak nak panggil hall pun....hehehe.

Katil double decker di dalam bilik tidur No. 2. Aik, apsal langsir tu pendek sebelah, tak cukup kain gamaknye....

Pemandangan dari sisi luaran rumah...edge view la katakan. Tapi kete kaler putih tu saya tak sewakan tau...hehehehe.

Pandangan dari depan, taklah besar mana. Cuma yang sedang-sedang aja....cukup la untuk menampung rombongan kawin.....huhuhu...

Water heater shower dalam bilik mandi master bedroom. Rumah ni ada 3 bilik air, cuma bilik air ni jer yang ada kat dalam bilik. Yang lain ada kat dapur dan sebelah dining hall.

Pandangan dari tepi dinding dining hall, lampu gantung yg simple dan murah. Sebelah kanan tu master bedroom. Sebelah kiri yg nampak arch tunnel tu sebenarnye ruang tamu....hehehe

Kipas siling kat ruangan tamu, ada 5 bilah. Kalu patah satu ada lg 4, tapi korang kena ganti la. Mintak dijaga elok-elok yer...

Ni kat dapur pulak, ada kitchen cabinet dan peti ais. Boleh simpan barang-barang dan cold drink untuk membasahkan tekak.


Ruangan depan rumah, muat untuk parking sebijik dua kete lagi nih. Tapi kena pandai ejas ler.....


Pemandangan dari depan porch. Muat untuk satu kete jer, tp boleh parking kat sebelah kiri tu.

Aik, tetiba pulak keluar gambar ruang tamu balik....adoyaiii...


Ni pulak gambar hiasan siling kapur dan gantungan kipas-kipas serta lampu siling kat dining hall. Cukup ler tu...

Sunday, December 19, 2010

Homestay Kolam Abu, Machang, Kelantan

Kami menawarkan perkhidmatan homestay seperti berikut:
Type: Houses, For rent Size: 1500 sq.ft.
Furnished: Fully furnished
Bedrooms: 3

Jenis Penginapan : Rumah Banglo
Bil. Bilik : 3 (3 bilik air)
Lokasi : Berhampiran Bandar Machang & Uitm Machang
Kemudahan disediakan: Katil Queen (master bedroom), 2 katil bujang di setiap
bilik, peti ais, mesin basuh, dapur dan lain-lain

Jika berminta, sila hubungi:
Badrul 013-9629007
Noorzilah 0199198126